"sedang dalam proses pembangunan"

Wednesday, June 10, 2009

PERLUKAH KERAJAAN MENGELAUARKAN DATA LENGKAP PENCAPAIAN EKONOMI MENGIKUT KAUM ?

Kerajaan diminta mengeluarkan data terperinci pencapaian mengikut kaum dalam ekonomi meliputi peruncitan, borong, industri, pelancongan, perbankan, insurans dan lain-lain bidang.

Setiausaha Majlis Muafakat Melayu (MMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan (gambar) berkata, jika data itu menunjukkan penglibatan kaum yang tidak seimbang maka atas semangat 1Malaysia, kerajaan secara bijaksana wajar melakukan pengubahsuaian. Katanya, ini supaya komposisi kaum dalam aktiviti ekonomi dilihat lebih bersesuaian dan seimbang dengan demografi penduduk.

Menurutnya, sebab itulah data tersebut penting kerana kebanyakan perangkaan sebelum ini tidak mencerminkan keseluruhan ekonomi kerana hanya berasaskan bilangan profesional seperti peguam dan doktor.

''Apabila ada data terperinci maka kita tahu kaum mana yang ketinggalan sebenarnya, maka atas semangat Satu Malaysia, kita buat penyesuaian balik untuk imbangkan penglibatan kaum dalam ekonomi negara.

''Kalau Melayu lebih, maka buat penyesuaian. Tapi dalam hal ini, kita tahulah siapa yang lebih hingga tahap monopoli,''. Beliau yang juga Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) mengulas kewajaran tuntutan kaum-kaum bukan pribumi yang dilihat banyak terkeluar daripada kewajarannya.

Menurut Zainal Abidin, kerajaan juga sewajarnya terbuka dalam memaparkan kedudukan sebenar ekonomi negara khususnya tentang kaum mana yang menjadi pemain utama di setiap sektor. Katanya, dengan itu semua pihak boleh mengetahui kedudukan setiap kaum dan seterusnya menunjukkan secara tepat pengubahsuaian yang harus dilakukan bagi menyeimbangkan ekonomi negara. ''Dengan itu diharapkan tiada lagi suara-suara tidak puas hati menyoal penyaluran bantuan kerajaan walaupun sebenarnya usaha menyusun semula penduduk tidak boleh dilihat ikut kerangka perkauman.

''Formula Dasar Ekonomi Baru (DEB) menetapkan sasaran 30 peratus untuk bumiputera sedangkan jika diikutkan, ia juga boleh dipersoal kerana demografi penduduk Malaysia menunjukkan 65 peratus bumiputera,'' ujarnya.

Monday, June 1, 2009

NOSTALGIA DISEBALIK MENGUNJUNGI "PILOT PROJEK SK BERPUSAT DI PULAU BUM-BUM, SEMPORNA"

  1. Dalam proses dikemaskinikan.
  2. Mohon beri info mengenai "Pilot Projek SK Berpusat di Pulau Bum-Bum, Semporna.
  3. UNTUK MAKLUMAN
  4. Projek SK Berpusat di Pulau Bum-Bum, Semporna adalah strategik inisiatif yang proaktif bagi menangani isu kemunduran prestasi pendidikan di DUN Sulabayan, Semporna TETAPI dari segi pemantauan ke atas pelaksanaan projek berstatus "pilot" seperti ini bagi saya perlu dilihat kembali dan ISU mengenai projek ini akan saya tulis dalam blog ini sebaik semua maklumat yang saya kehendaki diperolehi. Saudara / saudari yang ingin menyumbang info mohon kemukakan kepada saya dialamat email : saa751r@streamyx.com. Sumbangan anda ada signifikannya kepada kelangsungan pembanguan anak bangsa anda sendiri ! MOHON menyumbang info dan buah fikiran demi kemaslahatan komuniti kita kerana Maha Pencipta !
  5. P

My Blog List

Followers